loader

ID SMU

Perincian

Permohonan ID SMU (ISIP)

Sistem Integrasi Permohonan adalah sistem yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat permohonan ID SMU (SMK,SMP dan UFAST) berjenis web dan client-server. Kemudahan semakan kepada kakitangan teknikal PTM dalam proses penyediaan ID SMU

Jenis Permohonan dalam i-SIP

  • Permohonan Baru ID SMK/SMP
  • Permohonan Baru UFASt
  • Kemaskini IP Setnet
  • Instalasi perisian

Kategori

  • Kakitangan Baru
  • Pindah Jabatan Hakiki/Jabatan Bertugas
  • Komputer Baru
  • IP Konflik
  • Tukar Lokasi Jabatan yang Sama
  • Komputer Dibaikpulih

Sistem permohonan ID SMU boleh dicapai di https://appsmu.ukm.my/isip

 

Penamatan ID SMU

Permohonan penamatan ID capaian bagi modul-modul SMU dan SMP kakitangan apabila berpindah jabatan / tamat perkhidmatan.

Borang boleh dimuat turun di https://digital4u.ukm.my/index.php/muat-turun-dokumen/3

Soalan-soalan Lazim

Tempoh kelulusan permohonan ID SMP Client bergantung kepada pengesahan daripada Pusat Pengurusan Akademik (PPA). Setelah DigitalUKM menerima permohonan melalui Sistem Permohonan ID (SPID), kelulusan akan dipohon daripada pihak PPA terlebih dahulu. Pihak PPA kemudiannya akan mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pentadbiran (KP) pemohon. Sebaik sahaja pemakluman kelulusan diterima daripada pihak PPA, DigitalUKM akan menjana ID tersebut dan menghantarnya melalui e-mel kepada pemohon.

Tempoh kelulusan SMU (Web) bergantung kepada jenis sistem yang dipohon. Sebagai contoh, bagi kelulusan dan kelas capaian SMPU, ia perlu ditentukan dan diluluskan oleh pihak CRIM terlebih dahulu. Manakala bagi sistem yang tidak memerlukan kelulusan pihak ketiga seperti SMPWeb dan eKolej, proses tersebut hanya mengambil masa tiga (3) hari bekerja.

Kelulusan dan kelas capaian bagi SMPLK adalah tertakluk kepada keputusan pihak UKMShape. Oleh itu, pihak DigitalUKM perlu mendapatkan pengesahan kelulusan serta butiran kelas capaian daripada pihak UKMShape terlebih dahulu sebelum permohonan dapat diselesaikan.

Pihak DigitalUKM amat menyarankan agar permohonan dibuat secara berasingan mengikut sistem. Hal ini kerana sesetengah sistem memerlukan semakan dan kelulusan daripada pihak ketiga yang mungkin memakan masa yang lebih lama. Pengasingan permohonan akan memastikan kelulusan bagi capaian sistem lain tidak tergendala dan dapat diproses dengan segera.