Permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel rasmi kepada Urus Setia Data / Pegawai Bertanggungjawab (PIC) yang menguruskan skop data berkaitan. PIC boleh majukan permohonan /hantar permohonan (jika data diperlukan oleh PIC sendiri) kepada digitalukm (mydata@ukm.edu.my) untuk proses penyediaan data.
Permohonan data dibuka kepada warga UKM iaitu staf bertaraf K0 dan KQ gred 9 dan ke atas, serta Pihak Ketiga yang mempunyai urusan rasmi. Pelajar tidak dibenarkan membuat permohonan data SMU.
Bagi memudahkan pihak Urus Setia, sila nyatakan dengan jelas tujuan permohonan, penerangan data, glosari data, dan kepilkan bersama templat kosong (dalam bentuk Excel, Word, dll.) untuk panduan penyedia data.
Masa memproses adalah berbeza bergantung pada kerumitan (complexity) penyediaan data. Data yang mudah boleh dijana terus oleh Urus Setia Data, manakala permintaan data yang kompleks atau diluar capaian PIC perlu dikendalikan oleh DigitalUKM.
Bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat Universiti dipelihara, sebahagian set data mungkin bersyarat. Urus Setia / DigitalUKM akan mengemelkan borang NDA untuk ditandatangani oleh pemohon sebelum data diserahkan.
Ya. Kami amat mengambil berat tentang risiko kebocoran data. Oleh itu, setiap fail data yang akan diserahkan melalui emel akan dikunci menggunakan kata laluan (password) perlindungan. Kata laluan ini hanya akan diberikan kepada pemohon yang sah sahaja.