Perkhidmatan e-mel rasmi UKM disediakan menggunakan platform Google Workspace (GWS) bagi menyokong urusan rasmi, akademik dan pentadbiran Universiti.
Kelayakan e-mel adalah berdasarkan kategori pengguna dan lokasi bertugas seperti berikut:
Setiap kakitangan atau pelajar hanya layak mempunyai satu (1) akaun rasmi individu yang aktif pada satu-satu masa.
Ya, lampiran perlu dihadkan kepada kurang daripada 10MB. Untuk fail bersaiz besar, pengguna digalakkan menggunakan pautan awan seperti Google Drive. Fail jenis .exe, .htm, dan .html adalah tidak dibenarkan sebagai lampiran.
Pengguna bertanggungjawab menukar kata laluan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dengan menggunakan kata laluan yang kukuh.
Tidak. Penghantaran lampiran yang mengandungi fail executable atau skrip web seperti .exe, .htm, dan .html adalah dilarang sama sekali atas faktor keselamatan. Bagi dokumen bersaiz besar (melebihi 10MB), pengguna digalakkan menggunakan pautan perkongsian Google Drive.
Akaun kakitangan akan ditamatkan selepas 6 bulan dari tarikh tamat perkhidmatan. Peringatan akan dihantar menerusi e-mel tiga (3) minggu sebelum tindakan penamatan dan pemadaman data diambil.
Akaun e-mel pelajar yang telah tamat pengajian akan ditamatkan secara berperingkat pada 31 Disember tahun konvokesyen / tahun tamat pengajian atau 31 Mac tahun berikutnya. Bagi pelajar berstatus tidak aktif (menarik diri/diberhentikan), akaun akan ditamatkan mengikut tempoh dasar antara 6 bulan hingga 1 tahun.